Sekapur Sirih


Bismillahirrahmannirahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya memberikan sepatah dua kata di dalam laman web Kolej Komuniti Gerik ini.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Datang" kepada semua pengunjung laman web KKGP ini. Tahniah dan syabas kepada Unit ICT kerana berjaya menyempurnakan Pembangunan Laman KKGP ini dengan jayanya.

Teknologi masa kini jika digunakan dengan baik akan mendatangkan banyak kelebihan kepada penggunanya, begitu jugalah sebaliknya. Oleh itu diharap para pengunjung dapat menggunakan wadah laman web ini sebagai satu medium penghubung yang efektif di antara Kolej Komuniti Gerik dengan Pelajar mahupun masyarakat luar. Pihak KKGP akan berusaha untuk memastikan pengunjung akan mendapatkan maklumat terkini dan perkhidmatan yang boleh diperolehi melalui web ini.

Akhir kata saya mempersilakan tuan-tuan dan puan-puan melayari laman web ini. Saya juga berharap laman web ini menjadi sumber rujukan berguna kepada para pengunjung semua. Saya mengalu-alukan cadangan dan pandangan positif bagi memantapkan lagi kandungan laman web ini untuk manfat semua pihak.

Terima kasih kerana mengunjungi laman web KKGP.

Sekian,

"MENERAJUI KEGEMILANGAN ILMU & KEMAHIRAN"

TS KHAIRIL AZHAR BIN MOHD NOR, A.M.P

Pengarah,

Kolej Komuniti Gerik.