Program Khas Pembuatan Perabot adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Perabot. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan.Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:
1. Penghasilan ukiran separa tembus, ukiran tebuk tembus, ukiran kraf dan kemasan produk.
2. Pemasangan perabot pasang siap merangkumi pemasangan perabot storan, luaran, dalaman dan hiasan dinding.
3. Pembuatan perabot merangkumi pembuatan perabot storan, luaran, dalaman dan hiasan dinding.