Kolej Komuniti Gerik melalui Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat menyedia dan menawarkan pelbagai Kursus Pendek dan Kursus Latihan Khas Akaun Amanah kepada komuniti setempat untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta taraf sosio ekonomi melalui program sepanjang hayat yang fleksibel dan mudah alih.

Kursus-kursus ini adalah antara elemen yang sangat penting dalam perlaksanaan program dan aktiviti di Kolej Komuniti Gerik selaras dengan misi dan visi yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia.