PENERIMA SURAT PENGHARGAAN.

 

Gerik,21 Oktober 2022: Tahniah dan Syabas kepada Cik Siti Aisyah Humairah bt Abd Razak Pelajar SFP Semester 3 yang telah menerima surat penghargaan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik. Pelajar berkenaan telah menerima surat berkenaan di Majlis Perhimpunan Bulanan. YDH Supt. Zulkifli Bin Mahmood, Ketua Polis Daerah Gerik telah sudi menyerahkan surat penghargaan kepada pelajar berkenaan.

Penerima di nilai berdasarkan kepada kejayaan akademik, KOKO dan sahsiah yang Cemerlang. Turut bersama penerima hadir di majlis berkenaan adalah Cik Siti Rohani bt Rahmad, Pensyarah Kanan KKGP.